Warta Malaya

Warta Malaya ialah akhbar harian berbahasa Melayu yang dikendalikan oleh Ibrahim Yaakob. Akhbar ini diterbitkan sekitar tahun 1931-1941 iaitu sebelum Perang Dunia II. Ia menjadi media memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda.Warta Malaya diterbitkan di Singapura. Editornya ialah Onn Bin Jaafar (1930-33), Sayyid Alwi bin Sayyid Shaykh al-Hadi (1933-34), Sayyid Hussein bin Ali Alsagoff (1934-1941), dan Cikgu Ibrahim Yaakob (1941). Dengan bantuan pihak Jepun, Ibrahim Yaakob telah membeli Warta Malaya ini pada 1941. Ibrahim menjadi ejen Jepun waktu itu.[1]